"Hari ini mungkin Allah beri peuang untuk aku betul-betul memaknai 'ijlis bina nu'min sa'ah. Duduk sebentar, beriman sejenak."


Monolog sendirian dengan renungan tajam di skrin laptop tanpa mata berkedip. Lamunan itu di 'gangu' oleh ummi tercinta dengan berkata "Ai, tengok benda alah tu cam nak telan je.."


Ya ummi ku sayang. Sungguh hidup ini amat singkat. Pelbagai dugaan yang 'terpaksa' ditempuhi dengan redha walaupun perit sekali.


"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami lakukan. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir."


~al-Baqarah: 286~


Alhamdulillah ya Allah. Hampir seminggu juga ruangan bisu ini terbiar tanpa suara, Digagahi jua jari jemari ini untuk menekan papan kekunci walaupun pergelangan tangan dan lengan masih lagi terasa 'ngilu' dan diselang seli dengan denyutan yang teramat sangat. Kesakitan yang mencucuk sehinggakan tidak sedar akan pipi yang telah dihujani air mata tanpa dipinta. Namun, ianya hanya bertahan beberapa minit dan bergantung pada sebelah tangan yang masih gagah. Pergerakkan agak terbatas pada mulanya, namun diri ini berjanji akan berusaha untuk berdikari agar dapat membiasakan diri.. InsyaAllah..


Terasa seperti berhari-hari sepasang mata ini dihujani air mata tanpa disuruh apa lagi untuk dirayu. Kesakitan yang ditanggung hanya Allah yang tahu. "Sakit apa? Kenapa? Bagaimana?" Biarlah soalan itu terkubur, bukan tidak ingin menjawab tetapi hati dan jiwa masih ber'baki' duka lara. Hal yang ingin dikongsian amatlah berkait rapat dengan tajuk entri kali ini KEMBALI BERCINTA...


Sihat sebelum sakit termasuk dalam senarai pendek ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. Manusia adalah hamba Allah yang sering leka dan alpa. Semakin jauh perjalanan sepatutnya semakin banyak ilmu yang dikutip bukan semakin banyak keluhan yang keluar dari bibir & lidah yang tidak berzikir. Semasa sihatlah kita disarankan untuk 'memungut' pelbagai ilmu didunia untuk bekalan akhirat. Bukan hanya bercita-cita ke menara gading dunia, namun menara syurga akhirat turut kita sama menetap kekal disana.


Mengadu ana kepada inspirasi diri akan masalah yang dihadapi untuk berkongsi.


"Kak, kenapa ana jadi lemah, tidak bersemangat, asyik hilang tumpuan." tanya ana.


"Adikku mawar berduri, semua itu datang dari Allah. Bacalah kalam-Nya insyaAllah tenang." ujarnya


"Ana dah baca kak," bagitahu ana lagi.


"Adik akak yang disayangi.. Bacalah dari hati, bukan baca kerana paksaan mahupun bacaan itu hanya sekadar memenuhi mutabaah kita seharian. Bacalah dari hati mu yang bersih nan suci. Bacalah kerana kita diperintahkan untuk mengabdikan diri kepada Maha Pencipta seisi bumi dan langit. Menangislah sayangku semasa membacanya." ujarnya lagi..


Sungguh mutabaah ana kian jatuh malah merudum. Rasa bagaikan hati ini keras. Hati bagaikan 'berzikir' menyalahi takdir Allah. Berulang-ulang 'zikir' itu hingga terperasan oleh ummi. Ana cepat meradang apabila ummi bertanya sedangkan ummi bertanya soalan yang menimbulkan gelak ketawa bukannya soalan yang akan 'stress' kan minda. Ana mengambil pendekatan untuk 'diam' apabila ummi bertanya kerana itu adalah cara terbaik bagi ana. Seakan-akan ummi memahami jika ana 'diam' apabila ditanya, dan ianya hanya sekejap sahaja berlaku terus ana bertanyakan balik soalan yang ummi ajukan "ummi tanya apa tadi?" dan sememangnya ummi sangat memahami.


Ana terus mengadu pada inspirasi ana setelah aduan itu ana dahulukan kepada yang Maha Mendengar.


"Kak.. Kenapa semua terjadi pada ana? Kenapa tidak pada orang lain? Kenapa Allah tak ambil nyawa ana terus.. Akak, ana bla bla bla... ana bla bla bla...?" dalam esak tangis.


"Dik.. Allah masih memberi nyawa kerana Dia masih memberi kita peluang 'mengenali Allah' sebelum kita pulang berjumpa Allah.  Sudah cukupkah amalan kita untuk dibawa ke alam akhirat? Sudah bersediakah kita untuk berada di alam barzakh? Sudah maksimumkan bekalan kita untuk dihisab? bagaimana pula titian siratulmustaqim?" nasihatnya lagi


'Ya Allah. Mampukah aku?' hati ana bermonolog.


Sama juga ditempat kerja, ana turut mengadu pada orang yang terdekat dan memahami. Sehari selepas kejadian 'maut', memang hati dan jiwa tidak tahan. Telefon 'merengek' minta di angkat. Tangan ana sudah menggeletar apatah lagi dada ini berombak bagaikan nak pecah. Dua pasang mata ini memang dah merah menahan air mata yang hanya menunggu untuk turun mencurah-curah. Ana ambil telefon dan terus keluar dari office. 


Walaupun dalam keadaan yang tidak mengizinkan, ana tetap menunaikan amanah yang bertimbun-timbun diatas meja. Cuti sakit selama satu bulan tidak dimanfaatkan bimbang akan diganti balik tugasan dari pihak universiti dan risau juga tarikh konvokesyen akan ditangguhkan. Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, masalah yang sebelum ini masih tergantung terjadi pula kejadian yang melibatkan nyawa manusia.


Sehari selepas kejadian dan sehari sebelum reaudit SIRIM membuatkan ana sedikit stress. Namun dimaniskan jua muka ini apabila staff menegur. "Ok ke Nur?" "Macam mana? cuba cerita pada kami." Masing-masing mendengar dengan penuh 'kusyuk'. Yang membuatkan ana tergelak apabila ana membaca semula mesej kat handphone yang dihantar oleh bos ana. "Saya tak tau awak ni orangnya macam mana. Keadaan yang mencemaskan dan sakit-sakit ni pun awak boleh fikir pasal kerja lagi." 


Bos ana pandai buat orang gelak tak kira tempat. Selepas ana terima panggilan telefon, dengan mata yang masih lagi bersisa air, lengan baju dah basah habis dek rembesan air mata, tiba-tiba ana tersenyum mendengar lawaknya. Bukan lawak 'sia-sia' dan ana pun bukan senyuman yang di buat-buat. Sememangnya hati terusik dengan jenakanya. Dia memesan pada ana "Kerja tak perlu stress, kena happy. Baru seronok kerja. Nur, sabarlah ya. Nur kena kuat, kami yang mendengarnya sudah susah hati apatah lagi Nur yang alami." Air mata mencurah-curah lagi tanpa dipinta. Bos ana menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Nur, saya pergi solat isyak dulu ya, saya doakan Allah permudahkan urusan Nur." Bos ana ini seorang abi yang kuat semangat, anak dia mengalami brain cancer. Dugaannya lagi hebat. Namun ana lihat dia bagai tiada apa-apa yang berlaku, 24 jam dia gembira dan tidak loket dari senyuman malah membuatkan orang gembira. Ana bertanya dari mana kekuatan itu dia perolehi. Bos atau namanya En. Mizi memberi satu jawapan pendek "Dari Allah."


Hari tu ana terpaksa pulang lewat. lebih kurang jam 10.30 malam ana beredar dari perkarangan pejabat dengan hati ntah ke mana dan jasad pula entah melayag ke mana. 


Betapa besarnya harga yang harus dibayar untuk mendapatkan Hidayah-Nya yang sejati. Jika hukum alam dilawan memang lainlah jadinya. Masakan kek yang sedap boleh dilihat bentuk dan rupanya kenapa pula angin yang sepoi-sepoi bahasa yang 'sedap' dinikmati tidak boleh dilihat apatah lagi bentuknya. Pelik? Tidak pelik kerana itulah hukum alam yang Allah ciptakan sebaik-baiknya. Jika dinampakkan angin yang penuh nikmat itu, dimanakah kalian hendak meletakkannya pula apabila angin ribut taufan yang melanda?


Sama juga dengan pahala dan dosa. Allah swt tidak menampakkan kepada kita. Pernah juga ter'pikiaq' kalaulah pahala itu nampak, mungkin ramai manusia akan berebut-rebut untuk membuat kebaikan. Bukan 'mungkin' ramai manusia tetapi 'mesti' ramai manusia berlumba-lumba dalam meraih syurga Ilahi. Begitu jua dengan dosa.


Inspirasi ana menasihati lagi setelah ana memberitahunya yang ana sangat-sangat lemah.


"Itu fitrah, jika kita bergantung kepada manusia 'lebih' daripada kebergantungan kepada Allah, kita akan sentiasa sedih" nasihatinya lagi tanpa jemu.


Tiba-tiba Si Dia menyapa ana dan bertanya.


"Nur. Sebelum ini enti macam mana? Mutabaah sempurna?" tanya si dia.


"Biasa-biasa sahaja, ada lubang sana sini juga" ujar ana.


"Sekarang?" si dia bertanya pendek.


"Alhamdulillah, lubang-lubang yang ada ana penuhi dengan izin-Nya." bicara ana dengan muka di 'benamkan' ke sejadah.


"Nah, sekarang sudah nampak ibrahnya. Jika terjadi sebarang perkara kepada kita yang kadang-kadang itu tidak terjangkau dek pemikiran kita itu bermakna Allah sedang memerhati kita. Allah sedang menilai kita. Allah sedang memberi tumpuan kepada kita. Jadi jangan sia-siakan peluang yang Allah berikan itu ya ukhti NurHidayah. Rasalah beruntung kerana Allah memilih ukhti untuk hadapinya. Jelas terbukti, mutabaah ukhti hampir sempurna. Kekosongan yang ada terus dipenuhi. Keliatan bangun malam tiada dek kerana ingin memunajat kepada-Nya. Cinta yang ukhti perlukan adalah cinta dari -Nya. Kembalilah Bercinta kepada cinta yang sejati." si dia terus berbicara.


Ya, itulah buktinya yang jelas lagi nyata. Terima kasih kepada si dia yang dihantar oleh Allah untuk menyedarkan ana. Si dia yang dimaksudkan adalah sekeping daging yang berada dalam jasad ana sekaranag yakni HATI. 


..nota cinta dari hati..


Tangan sebelah kiri yang beransur pulih.. InsyaAllah. Syukran to anak manakan (saudara) yang teman p makan kat RFC.. ^_^


Dua minggu dah berlalu. Teringat pula kepada inspirasi ana dan terus menghantar email kepadanya.


"Kak.. ana nak jumpa akak.. Boleh ke?" tanya ana.


"Boleh :).. InsyaAllah mawar ku. Adik di mana sekarang?" ujarnya.


"Ana di Terengganu, akak pula dimana?" tanya ana lagi.


"Akak di Gombak :) " jawabnya.


p/s~ tak sabar nak jumpa inspirasi ana itu.


clik juga disini: MENGAPA AKU BERNIQAB MENGAPA AKU BERNIQAB II


by

4 Mujahid & Mujahidah Tinggalkan Pesan:

شريفة said...

Syafakallah ya ukhti,moga duberikan kekuatann ya ukhti,Makn di Rfc mana ukhti :)?Hpa

~Setanggi Syurga~ said...

شريفة~syukran ukhti..moga kekuatan ini bersama Allah..^_^.. ana makan di RFC Terengganu..

Pemimpi Tegar said...

Hei ! Dah check emel? ZzzZ

~Setanggi Syurga~ said...

pemimpi~dah2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...