Alhamdulillah...
In The Name of Allah, The Beneficant, The Merciful..
Ya Rahman.. Ya Rahim..

Lama........ Meninggalkan teratak maya ini.... Mohon kemaafan kepada sahabat sahabiah kerana ana tidak dapat membalas komentar kalian sebelum-sebelum ini.. Hari ini rasa agak lapang sedikit untuk menjengah kembali teratak maya agar kembali segar nan berbunga...

Sedikit sentuhan dari hujung jari agar AKAL anda anda dan anda semua duhai pembaca sering ingat or set in your mind about this...!


Bukan nak menunjukkan bahawa si penulis ini seperti baik & tak  pernah buat silap namun sebagai sahabat kalian ana rasa sangat kasihi serta sayangi kalian sebagai saudara Muslim..

Sahabat tau kah apa perbezaan gambar diatas?
Ya.. Perbezaan tudung... Mana pilihan kalian? Yang mana satu penampilan kalian seperti gambar di atas?

Mungkin tudung biasa dah dikira menutup aurat kalian, namun tudung labuh itu lebih berhati-hati yakni bertaqwa daripada tudung biasa mana la tau tiba-tiba ditiup dek angin dan sebagainya...

Maksud ana disini tudung biasa itu adalah tudung yang tak labuh, cukup-cukup makan je..

"Hai anak Adam, sesunggunya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian TAQWA itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat." ~Al-A'raf : 26~

Abu Darda r.a berkata:

"Kesempurnaan taqwa itu adalah seorang hamba itu sentiasa berjaga-jaga dengan Allah (arahan dan larangannya) walau dalam hal sekecil zarah, sehingga dia akan meninggalkan sesuatu yang halal sekalipun, kerana takut jatuh di dalam yang haram."

Apa yang dikatakan oleh Abu Darda ini bersumberkan sebuah hadis nabi, yang ertinya:

"Tidak akan sampai seorang hamba ke darjat orang bertaqwa sehingga dia meninggalkan yang hal kecil yanhg mungkin tidak mengapa, kerana bimbang jatuh di dalam yang ditegah Allah swt." ~Riwayat Ahmad dan Al-Bukhari dalam At-tarikh~

Ada sebahagian dari kita rasa perkara ini hanya remeh temeh sahaja.. Dah selalu sangat dibaca, dah jemu... Namun sahabat-sahabat yang ana kasihi, kita ni seorang manusia yang mempunyai pelbagai rasa dan perasaan..Yang sering lupa, terikut-ikut, ingin mencuba perkara baru, sering kali berkata "muda lagi".. Walhal sahabat-sahabat, MATI itu sesaat pun tidak pernah menunggu kita bahkan makin hari makin menghampiri kita..

Sahabat..disebabkan kita manusia sering lupa dan alpa lah ana menegaskan entri sebegini yang saling ingat mengingati antara satu sama lain..

::nota tangan si comel::

Yang tertutp itu indah lagi mahal harganya...
Tak gitu?? ^__^

p/s: tak semestinya orang yang menutup aurat itu baik namun orang yang baik itu mestilah menutup aurat...

by

1 Mujahid & Mujahidah Tinggalkan Pesan:

mamawana said...

Assalamualakum,

Nice sharing. Moga sehat an dberkati illahi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...