Bismillah..Alhamdulillah..
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.. Selawat dan salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad saw serta para sahabat dan juga ahli keluarga baginda..

Alhamdulillah..masih di beri peluang dan ruang untuk bermadah diteratak maya ini walaupun sangat sibuk dengan tugasan dan tanggungjawab yang di amanahkan.. Seperti biasa, 5 minit bersama blog untuk infomasi semua..Syukuran ya Rabb..

InsyaAllah..sambungan mengenai sahabat istimewa ana yang diberi nama Islamnya "SUMAYYAH".. Ya Allah.. Rasa nak peluk ja bila jumpa Sumayyah.. Sungguh..! Air muka yang sangat tenang, akhlak yang sangat baik, membuatkan ana rasa sangat gembira dan ternyata seronok apabila berdamping dengannya..Lagipun nama Islamnya sangat memberi kesan kepada hati ana sendiri.. tiap kali jumpa ana terus pegang tangannya..rasanya seperti adik sendiri.. Ya..! memang ana memperkenalkan Sumayyah adalah adik ana kepada sahabat-sahabat..

Tidak dapat tipu diri sendiri apabila bersama Sumayyah terselit rasa malu.. Manakan tidak, Sumayyah baru 2 tahun memeluk Islam..Sumayyah yang masih merangkak dalam mengenal Islam, lebih nampak kesempurnaannya berbanding dengan sahabat-sahabat yang telah kenal Islam sejak kecil lagi..

Hanya 1 jam 30 minit bersama-samanya dikelas, insyaAllah akan dipenuhi waktu itu dengan sempurna.. walaupon kadang-kadang ana 'ghaib' dalam kelas tu..^__^

InsyaAllah..besok akan bersama-sama Sumayyah lagi selama 1 jam 30 minit.. Harap pensyarah kami tidak batalkan kelas besok hari.. InsyaAllah, selasa 18 oct ada midterm paper ni.. doakan kami ya..^__^

ok..5 minit dah habis...


..::nota-nota cinta::..

Nak study pun semangat bila bersama Sumayyah...
Sahabat-sahabat, ada cadangan apa2 nak bagi hadiah kat sahabat Islam kita ni??

by

2 Mujahid & Mujahidah Tinggalkan Pesan:

NooR AzLen BinTi HaRoN said...

assalammualaikum

seronoknye.blh ana nk jumpa adik enti ??

ana cadang bagi buku tulisan Ustazah Siti Nur Bayah..tapi ana lupa nama tjuknye.

tak pun novel trbaru krya ustazah fatimahfatimah syarha:-)

Anonymous said...

novel tautan hati :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...