Jam 3 petang. 
Kedengaran pengunguman dari ceropon pembesar suara. Amat membingitkan telinga. Endah tak endah ida apabila mendengar seruan itu. Ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Geram..! Aktiviti riadah bagi ida yang langsung tiada manfaat. Kedengaran dari luar bilik asrama bunyi hentakan kasut. Masing-masing bergegas ke dataran. Pelajar semester satu, memang patuh pada arahan. Jika tidak, tindakan akan diambil. Tiada seorang pun yang berani membantah.

Pelajar 'U' mesti disimbolkan cerdik pandai. Ya, golongan cerdik pandai. Tak perlu kena marah. Fikiran pun sudah matang..! Ceramah dari presiden kolej malam tadi.

Seperti biasa. Ida mengenakan baju muslimah, seluar trek, tudung labuh yang di pin rapi serta berkasut. Aisya, roomate ida menegurnya cara berpakaian. "Kenapa enti tak pakai baju kolej? Nanti senior marah tak dengar arahan dia." Ida senyum dan menjawab pendek "Allah lagi marah tak dengar arahan Dia." Aisya terus menukar pakaian dan mencapai baju muslimah dalam almarinya. Ida menunggu walaupun dah 10 minit lewat. Sampai di dataran ramai yang pandang ke arah mereka berdua. Kepelikkan ida dibuatnya. Yela arahan yang diberikan lain, tapi mereka berdua berbuat lain.

Aisya ketakutan. Takut dimarahi oleh senior. 
Baju kolej yang diberi tidak menutup aurat. 
Lengan pendek. 
Tak labuh.
Jarang. 
Kata seorang senior boleh pakai handshock atau iner. 

Ida hanya mengelengkan kepala. Mana perginya kata-kata malam tadi? Golongan cerdik pandai seharusnya berfikiran matang. Ini yang dikatakan fikiran matang? Sebaiknya aktiviti riadah ini digantikan dengan aktiviti cara berpakaian menutup aurat..

3 Mujahid & Mujahidah Tinggalkan Pesan:

Naqie_Ahmad said...

wah... pembukaan yang menarik... mesti sambungannya best... xsabar tunggu smbungan dia... :)

rahsiahati said...

assalamualaikum..
akak...sambung la cpt..
hehe..nk jgk ambil pengajaran byk2 sebelum msuk u ni...

~Setanggi Syurga~ said...

Qie-sya-> ^^ syukran..dah smbung dah..

kasturi jiwa-> dik akak ada tag something kat blog akak btajuk segmen promosi blog..ada link blog adik akak letak...

sal cerpen tu akak dah sambung..^^ selamat membaca..eh lupa nk tnya..awat blog adik akak xdpt nk bukak?kena permission..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...