BOLA SEPAK DAN KEDUDUKANNYA DALAM AGENDA GHUZWATUL FIKR

pemain bola sepak wanita Iran...Allah..alangkah bagusnya if team Malaysia spt ini juga..tak kira la team lelaki or perempuan...


Pertama sekali ana ingin nyatakan disini ana bukanlah orang besar pun dalam gerakkan dakwah ini... Bukan juga orang yang fikrahnya tinggi, tapi ana ingin sekadar berkongsi sebuah CETUSAN MINDA yang ana rasakan wajar dikongsikan. Jadi, jika ada apa-apa salah silap ana harapkan teguran yang bernas daripada sahabat sahabiah sekalian...

Keduanya, ana rasa sahabat sahabiah semua boleh faham dengan GHUZWATUL FIKR. Kepada yang belum faham, GHUZWATUL FIKR bermaksud  serangan pemikiran ataupun perkataan asalnya daripada dua perkataan arab. GHUZWAH=perang, FIKR=pemikiran. GHUZWATUL FIKR ini telah dilancarkan oleh golongan-golongan kuffar yang ingin melihat ummat Islam lenyap dari muka bumi ini. Lenyap bukan dengan  bermaksud membunuh suluruh ummat Islam didunia ini, tetapi dengan menghilangkan identiti Islam itu sendiri daripada penganutnya..

Ianya disebutkan dalam al-Quran:

ولن ترضى عنك اليهود ولن نصرى حتى تتبع ملتهم

Maksudnya: "dan tidak akan redha orang Yahudi dan Nasrani ke atas kamu, sehinggalah kamu mengikuti cara hidup mereka" ~Al-Baqarah ayat 120~

Jadi, mungkin ramai yang masih pening-pening lalat, apa kaitannya dengan bola sepak??kan??
Jawapannya, bola sepak juga adalah antara salah satu agenda Yahudi yang sudah semakin berleluasa sekarang...

Tiga 'S' yang kebanyakkan orang yang berada dalam arena dakwah sudah popular dengan benda ini.. SPORT, SONG, SEX sudah menjadi antara senjata Yahudi  yang semakin menular... Namun, ramai sekarang lebih bersetuju dengan 3'F' daripada 3'S' tadi... FUN,  FOOD, FASHION...  Ini kerana 3'F' tadi orang Islam sudah semakin pandai memanipulasikannya...

SONG, sebagai contohnya sudah menyebabkan kemunculan ramai kumpulan nasyid yang tidak kurang hebat sambutannya di dunia ini... Dengan pelbagai genre yang ada daripada irama tranditional sehinggalah hihop, nasyid sekarang sudah ramai menyebabkan orang Islam berpaling arah. Outlandish, D-Clique, Native Deen 789 Boyz dan bermacam-macam lagi medium untuk ummat Islam hari ini yang menjadikan SONG bukan lagi satu senjata yang berkesan.. (Hanya ummat Islam di Malaysia sahaja yang masih terlena oleh muzik2 non-islamic ini)..opsss..lupa ana nak nyata kan kemunculan Maher Zain yang telah membawa lagu-lagu Islamic yang sungguh mengasyikkan jiwa dan menenangkan hati...

Jadi, berbalik kepada bola sepak... Ianya juga sudah menjadi seperti SONG di atas.. Sudah ramai yang menyedari akan pro dan kontranya bola sepak ini... Malah kadangkala ada yang mengambil manfaat untuk beribadah... Contoh terbaik adalah sebuah Masjid di Singapura telah menyediakan sebuah layar gergasi bagi membolehkan ahli qariahnya menonton perlawanan Euro 2008. Ia adalah untuk menggalakkan ahli qariah mendirikan qiamullail... Sungguh hebattt..!!

Selain itu terdapat juga contoh lain yang terbaik....

MEREALISASIKAN SEBUAH TEAM ISLAM.....

Melihat kepada tajuk di atas, sudah tentunya anda baru teringat, "aiiikkk..baru nak masuk tajuk ka..??" Sedar tak sedar, dari perenggan ke perenggan, tak sedar sudah lari jauh daripada tajuk yang asal.. Sebenarnya tiadalah melencong sangat, cuma hanya mukaddimah untuk menerangkan tentang pendirian penulis blog tentang bola sepak dalam kehidupan.. Bila dah terangkan semuanya, barulah kita masuk kepada tajuk..^^

Jadi antara penyebab agenda Yahudi yang tergolong dalam SPORT ini sedikit gagal ialah kebanjiran pemain Islam yang professional. Yang melalui keturunan, memang tidak ada kepelikan yang timbul.. Tetapi, sekarang sudah ramai yang masuk Islam atas dorongan teman-teman sepermainan... Masya Allah.. Lihat shaja bagaimana Islam itu boleh tersebar melalui  bola sepak...

Contoh terbaik ialah bekas pemain Arsenal iaitu Thierry Henry.. Keislamannya terserlah apabila perpindahannya ke kelab yang mempunyai ramai pemain Islam yang terdiri daripada Eric Abidal dan Yaya Toure..

Baiklah....kembali pada tajuk...Persoalan yang pasti akan timbul, adakah Arsenal dan mengapa??

Jawapannya... Arsenal telah pun dikatakan aktif dalam musim perpindahan pemian.. Dan antara pemian yang dibelinya ialah seorang pemain Islam yang muda warganegara France berketurunan Algeria iaitu Samir Nasri. Dan lebih menyeronokkan, dia telah pun menjaringkan gol pada perlawanan pertamanya untuk Arsenal.. Kemasukkannya ke dalam Arsenal juga menjadikan Arsenal sebagai kelab paling banyak pemain Islam... Samir Nasri juga dirakamkan berdoa' sebelum bermulanya separuh masa kedua...

Antara pemain Islam dalam kelab Arsenal ialah

Kolo Toure



Atmand Traore



Robin Van Persie



Bacary Sagna



Dan...ini yang terbaru...

Samir Nasri...



Beliau juga pernah dirakamkan membaca doa' ketika membantu pasukan kebangsaannya. Perancis.. dan diaminkan oleh Nicolas Bilal Anelka...



Jadi, berbalik kepada persoalan utama... adakah Arsenal dapat direalisasikan sebagi kelab Muslim..?? Denagn 5 pemain utama yang ada sekarang, ana rasa tidak mustahil... Cuma sekarang tinggal Arsene Wenger sahaja...
Hang dah tua dah..bila lagi nak masuk Islam?? hihihihihiiii...gurau-gurau sajer....


::..nota jari manis..::

pada mulanya baca post sahabat2 lain rasa best & minat...ingat nak menyantaikan minda ja buat post ni..tapi rasanya terpanjang & terlebih la plak...^^
Anyway, penyokong ManU dan Liverpool jangan marah ya...
Anda telah pun menyokong pasukan yang anda sepatutnya tidak sokong sebagai seorang muslim kerana......**hangpa pikiaq la sendiri**
Oppss..kepada Dr. Inventry..mohon maap..bukan mengata pada Dr...tapi yang silap perlu ditegur dengan berhemah..

by~shha aina~

2 Mujahid & Mujahidah Tinggalkan Pesan:

Pujangga Bercerita said...

salam..nk komen pasal pasukan bola sepak iran...knapa diorang blh mcm tu..iran yg majoritinya pecinta ahlul bait..amat mementingkan akhlak dan syariat islam..tu je.sebab mereka kepada ajaran Muhammad saw dan keluarga sucinya..itu lah sebabnya mereka begitu menjaga amar makruf nahi mungkar..barakallahufik.

~Setanggi Syurga~ said...

wasalam....entri ni lebih kpd pasukan bola sepak arsenal..gmbaq pasukan bola sepak wanita iran tu hnyalah hiasan semata2...
xmengapa... ana bg pandangan ana... apa yg akhi ckp tu btl....suatu ketika dahulu Islam tersebar 2/3 dunia..daripada zaman khalifah arrasyidin Islam naik mjulang tinggi,pejuangan diteruskan dgn zaman abbasiyah & Islam naik semakian tinggi..diteruskan lg dgn zaman turkiuthmaniyah...Islam jatuh sedikit namun kembali naik mnjulang..setelah itu disebabkan seorang munafik kamal altatuk yg menyebabkan Islam jatuh smpai sekarang...lama kelamaan syariat islam yg dibawa Rasulullah saw telah menghakis & terhakis dilubuk hati umat islam itu sendiri... spt dlm entri ana,ada mnyatakan bahawa bola sepak adalah salah satunya agenda yahudi..jadi bagaimana kita nk mghapuskan agenda Yahudi tu ditambah pula majoriti masyarakat dunia termasuk org2 Islam itu sendiri amat meminati bola sepak.... spt cth pasukan bola sepak malaysia sendiri yg majoritinya pemain Islam..mereka sepatutnya mengekalkan imej Islam dengan bpakaian menutup aurat, melangsungkan plawanan selepas solat isyak @ mereka boleh mghenti perlawanan itu sebentar & solat ditengah2 padang...Alhamdulillah..Iran masih mengekalkan & telah sedikit sebanyak mnggagalkan agenda Yahudi... semoga pasukan Malaysia mengikuti pasukan iran...wallahualam...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...