Kepada bakal suami
Andai purdah menjadi beban, pilihlah yang menampakkan muka..Andai itu lebih menyenangi hati mu..
Andai purdah itu memelihara dirinya sebagai isteri, maka pilihlah yang sudah berpurdah..
Usah dipaksa mereka yang tidak mahu berpurdah untuk berpurdah, bimbang keikhlasan tercalar..

Kepada bakal isteri...
Andai purdah menjadi pakaianmu, pilihlah lelaki yang tahu menghormati isteri, memuliakan dikau sesuai dengan malu yang ada pada dirimu...
Andai purdah itu membebankanmu, pilihlah suami yang suka kau memperlihatkan wajahmu..
Lelaki yang soleh akan merasa cemburu bila dirimu menjadi perhatian umum..
Oleh itu, jika bakal suamimu menyuruhmu berpurdah, jika kau tidak mahu maka pilihlah lelaki yang lain...
Pilihan ditangan mu...

Kepada bakal suami..
Jika kau memilih perempuan yang berpurdah maka kamu harus sentiasa menghembuskan semangat kepadanya agar terus istiqamah untuk berpurdah...
Kerana wanita itu bisa berubah dek kerana faktor sekelilingnya..

Kepada bakal isteri..
Andai kamu sudah berpurdah, bukan bermakna kamu sudah menyempurnakan semua kewajibanmu..
Jagalah akhlakmu demi menjaga kehormatan suamimu...

Kepada bakal suami @ isteri..
Suami menjadi pakaian kepada isteri dan begitulah sebaliknya..
Maka hendaklah kalian menutup keaiban suami/isteri..
Jika kamu membuka aib suami/isteri sebenarnya kamu membuka aibmu sendiri..




"Hai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya, dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNYA kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu." (An Nisaa':1)


::..nota jari manis..::


syukran ya ummi coz sudi buat purdah untuk anakmu ini..^^..
ummi p beli kain tudung yg ngam ngan tudung yg dah ada utk jahit jadi purdah...
ummi jgk yg p beli getah utk jahit kat purdah...
ummi jgak yg p beli lilin nk bakaq benang2 halus...
ummi jgk yg beli jarum peniti + benang + jarum jahit...
syukran ummi ^^..
yg jahit getah kt purdah tu anaknya la..^^..
xmau suh ummi dah..cian ummi..
ummi tgk ja anaknya duk tekun menjahit smbil tgk buletin utama..
ummi siap komen lagi...


"hang ni kena p belajaq menjahit la...cian ummi tengok kain tu.."


opsss..kantoi sudah..hehehehee..


by~ss




4 Mujahid & Mujahidah Tinggalkan Pesan:

Nazihah@Jiha said...

Assalamualaikum ukht^^
nice one!
p/s: belajarlah menjahit hehehe

~Setanggi Syurga~ said...

waalaikumusalam...^^
syukran coz singgah blog ana & baca entri ana yg xseberapa ni...
p/s: jahit guna tangan ana kekok sikit..kalo ngan mesin ana expert sikit..^^...smuanya serba sikit..^^

Muhammad Syafik bin Ab Rahman said...

semoga mndapat zauj yg sntiasa mnyokong enti utk istiqomah memakai purdah.. (ana pn minat dgn muslimah yg berpurdah tp ana mcm xlayak pulak..) =)

~Setanggi Syurga~ said...

alhamdulillah...^^...
insyaAllah..minta doa pa NYA ya akhi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...