Syukur alhamdulillah kepada Allah Azza wa Jalla, pemilik hati dan jasad. Selawat dan salam ke atas junjungan agung Muhammad bin Abdullah. Selawat dan salam diperpanjangkan pada ahlul bait, sahabat sahabiah, para tabi'in, para salafussoleh dan segala mukmin dan mukminat yang masih teguh memperjuangkan kalimat agung La ila ha ilallah..
Semoga Allah sentisa merahmati kita...insyaAllah...


Lumrah hidup tidak pernah lari dari masalah..
Persoalannya..bagaimana kita menangani segala masalah itu semasa kita hendak berjumpa dengan Allah swt semasa solat??


Mungkin kadang2 terasa ekspress...tapi itukah hadiah yang wajar diberikan pada Nya??


Persoalan untk khusyuk dalam solat begitu kompleks untuk di aplikasi pada hari ini. Sirah mengajarkan bahawa para pendahulu begitu mudah merehatkan diri dengan solat dan membaca kalam Allah..


Teringatkan kisah Rasulullah saw bersama abdullah ibnu Mas'ud..Pada waktu itu, Rasulullah saw meminta Abdullah membaca al-Quran untuknya...
Sidang dialog pun bermula....


"Layakkah aku untuk membacakan ayat-ayat Allah untuk mu..sedangkan engkau seorang yang mulia dan Allah mewahyukan ayat-ayat tersebut kepadamu ya Rasulullah.."


"Disebabkan engkau adalah seorang pembaca al-Quran yang terbaik ya ibnu Mas'ud menyebabkan aku suka jika engkau yang membacakan kalam-kalam Allah itu untuk ku dengari.."


Abdullah ibnu Mas'ud merupakan sahabat yang elok bacaannya sehinggakan malaikat juga suka berjemaah dengannya ketika solat...
Subhanallah...


Realitinya, mari kita renungi bagaimanakah caranya untuk khusyuk??


Sebelum itu, suka ana mengajak sahabat sahabiah untuk kita sama-sama berfikir..


"Apa pandangan anda jika ada seorang kanak-kanak yang berumur 1 tahun dibiarkan berada dihujung bangunan 20 tingkat, apa agaknya perasaan kanak-kanak itu?? Agaknya dia rasa takut atau tidak berada di situ?? Apa pula perasaan kanak-kanak tersebut jika dibawa di hadapan seekor harimau yang sedang lapar agaknya??


"Sudah tentulah dia tidak berapa takut, kita pula yang takut biasanya..kan..??


Tindakkan kita adalah refleks daripada ILMU dan KEYAKINAN... Sudah tentulah kanak-kanak berusia setahun tidak akan takut bila berada dicerun bangunan setinggi 20 tingkat kerana ilmu yang ada pada mereka tidak sampai ke tahap untuk mereka menjauhi bahaya..


Berbeza pula dengan kita, dimana apabila berhadapan dengan harimau...mesej yang ingin disampaikan pada otak mengisyaratkan BAHAYA dan perlu kita hindari. Hormon Adrenalin pula menghatar impuls ke otak untuk menjauhi keadaan bahaya tersebut..


*adrenalin hanya akan dirembeskan bila kita berada dalam keadaan bahaya atau takut...


Itulah jawapannya... Bila kita mengucapkan di dalam doa iftitah kita..





 إني وجهتُ وجهي للذي فطر السموات والأرض حنيفاً مسلماً




Ertinya : "Sesungguhnya aku menghadapkan wajahku dihadapan pemilik langit dan bumi dalam keadaan sebagai seorang muslim yang suci.."


Tidakkah kita merasai kehebatan dan kebesaran Allah swt yang merupakan pemilik langit, bumi dan segala isinya....??


Tidakkah kita dapat merasakan kerasnya bentuk 'azab yang boleh diturunkan oleh Allah swt kepada manusia dan lemahnya kita untuk menghadapi sebarang bencana tersebut??


Tetapi... Mengapa masih lagii kita tidak khusyuk dan hormat serta gerun berada di hadapan yang Maha Berkuasa seperti ini??


Masalah yang dihadapi oleh kita kerana tidak khusyuk ini melambangkan ilmu dan keyakinan kita masih tidak kukuh tentang kebesaran dan kekuasaan Allah swt..


Natijahnya sukar untuk kita faham dan aplikasi dalam kehidupan. Oleh itu, dekatilah Allah dan KENALI lah dengan pembacaan dan doa agar mudah untuk kita rasakan kebesaran Allah di hati... Dan hayatilah ibadah solat yang kita lakukan seharian.. Allah maha Penyayang dan Pengasih.. Jangan jemu untuk meminta padaNya..!!






:nota tangan aina:
solatlah tepat pada waktunya..janganlah melengah2 kan waktu solat..
sesungguhnya solat itu tiang agama...


by~setanggi syurga~



0 Mujahid & Mujahidah Tinggalkan Pesan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...