Assalamualaikum sahabat sahabiah...
Semoga sentiasa berada dalam lindungan Nya..insyaAllah...

Setelah penat membuat "kerja sekolah" yg diberikan puan/tuan lec, suka ana nak bkongsi ngan sahabat2 sekalian tentang tajuk yang besaq di atas iaitu...AL-MA'THURAT....

Abdullah bin Busr berkata, seorang bertanya,"Ya Rasulullah, syariat Islam banyak kebaikannya. Maka ajarkanlah kepada saya sesuatu yang akan saya pegang untuk menjaga diri dengan baik." Jawab Nabi."Hendaklah lidahmu sentiasa basah berzikir kepada Allah."
~Riwayat al-Tirmizi~

Al-Ma'thurat bermaksud amalam wirid, zikir dan doa yang berteraskan al-Quran dan al-Sunnah yang diamalkan oleh Nabi SAW dan dikumpulkan oleh al-Imam al-Syahid Hassan Al-Banna untuk menjadi manusia soleh. Tanpa hubungan yang akrab dengan Allah SWT jiwa akan menjadi keluh kesah kerana tiada kedamaian. Benarlah kata-kata Syeikhul Islam dalam al-Kalimuttayyib:

"Tanpa zikrullah secara istiqamah, diri itu umpama ikan yang tercampak keluar dari airnya."

JOM SAMA-SAMA BACA DOA....

Ya Allah 
kurniakanlah kepada kami lidah yang lembut basah kerana mangingati dan menyebut nama Mu,
hati yang penuh segar mensyukuri nikmat Mu
dan 
tubuh badan yang ringan (rajin) menyempurnakan ketaatan kepada perintah Mu.

Ya Allah
kurniakanlah kami iman yang sempurna
hati yang khusyuk
ilmu yang berguna
keyakinan yang benar-benar mantap

Ya Allah
kurniakanlah kami cara hidup (DIN) yang mantap
selamat daripada segala bahaya
kami memohon ya Allah
kecukupan daripada segalanya sehingga tidak sampai kami terpaksa meminta-minta daripada orang lain.

berikanlah kami ya Allah
iman yang sebenar-benarnya
sehingga kami tidak lagi merasa takut, mengharap dan menyembah selain daripada Mu

kurniakanlah naungan rahmat Mu kepada kami, keluarga dan anak-anak kami
serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kami

janganlah ya Allah
Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri
walaupun pada kadar sekelip mata 
atau
kadar masa yang lebih singkat daripada itu

ya Allah ya Tuhan kami
Engkau Tuhan Yang Maha Memperkenankan segala permintaan
Ya Allah
Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini
berkumpul kerana mengasihi Mu
bertemu untuk mematuhi perintah Mu
bersatu memikul beban dakwah Mu
hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat Mu
maka eratkanlah ikatanya
kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini
tunjukkanlah kepada hati-hati ini jalannya yang sebenar
penuhkanlah hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung padam
lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman
dan 
keyakinan serta keindahan tawakkal kepada Mu
suburkan hati-hati ini dengan pengetahuan Mu yang hakiki
jika Engkau takdirkan kami mati
maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama Mu

Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong

Restuilah Nabi kami Muhammad SAW dan ahli keluarga Baginda serta sahabat-sahabat Baginda seluruhnya.

Ya Allah
restuilah junjungan Nabi Muhammad SAW, ahli keluarganya
dan 
para sahabat Baginda semuanya.
Juga berikanlah kesejahteraan kepada mereka sebanyak-banyaknya.

Amiiinnn...

Al-Imam Al-Syahid Hassan Al-Banna pengasas gerakan Ikhwanul Muslimin menyusun al-Ma'thurat. Beliau merupakan seorang pendakwah yang mengorbankan harta dan nyawanya untuk menegakkan kedaulatan Islam. Menyedari pentingnya memelihara dan mengukuhkan jiwa para pejuang serta dirinya sendiri, beliau menyeru agar mendekatkan diri kepada Allah SWT. Matlamat ini boleh dicapai melalui makanisme ibadah seperti solat wajib, solat sunat, beristigfar, berdoa dan berzikir.






:nota tangan c comel:
jom sama-sama tingkatkan iman kita...
jom sama-sama merebut SYURGA ALLAH...

from SHANUR AINA

2 Mujahid & Mujahidah Tinggalkan Pesan:

CHE ROSSLI said...

Baca mathurat menghindari dari kemalangan.. Sbb tu ada pejuang yang dihujani peluru dia xkena,Always mengamalkan mathurat..

~Setanggi Syurga~ said...

insyaAllah..sama2 lah kita amalkan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...