Tatkala aku menghadap sebuah cermin…
Nampak sesusuk tubuh..
Yang sangat lama ku kenal..
Dan sering ku lihat..

Namun hairan..
Aku seperti belum mengenal…
Siapa yang aku lihat itu??

Tatkala aku tatap wajahnya..
Hati ku bertanya..
Apakah wajah itu wajah yang kelaknya akan bercahaya??
Bersinar indah di syurga sana??
Ataukah wajah itu yang akan hangus legam di neraka jahanam??

Tatkala aku tatap mata..
Lubuk hatiku berbisik bertanya..
Mata itukah yang akan menatap…
Allah Robbul ‘Alamin…
Rasulullah Habibullah..
Para sahabat Radhiallahuajm’in..
Menatap dengan penuh kenikmatan dan kerinduan??
Ataukah mata ini yang akan terbeliak
Melutut..ternganga..terburai menatap neraka jahanam??
Siksaan yang amat dahsyat??

Apakah mata yang tak terlepas melihat maksiat ini
Akan terselamat dari ahzab di sana nanti??

Wahai mata…
Tatkala ku tatap mulut..
Apakah mulut itu..
Yang kelak akan berkumat kamit penuh keyakinan..
Mengucap kalimah Laailaaha Illallah…
Di saat malaikat maut dating menjemput??

Ataukah menjadi mulut ternganga..
Dengan lidah terjulur..
Dengan jeritan bingit memekik..
Bergetar menakutkan setiap pendengar yang ada..
Di saat sakaratul maut datang menjelma…

Ataukah mulut itu menjadi pemakan buah zaqqum Jahanam..’
Yang amat dahsyat..
Mejadi pembakar..penghangus kerongkong dan usus..

Wahai mulut yang malang..
Apakah perkara yang engkau ucapkan..
Tipu daya..perkataan dusta..umpat caci..carut mencarut??

Berapa banyak dusta yang engkau ucapkan??
Berapa banyak hati-hati yang remuk hancur luluh..
Dengan pisau kata-katamu yang senantiasa menghiris tajam??

Berapa banyak kata-kata manis semanis madu yang palsu..
Yang engkau ucapkan untuk menipu??

Wahai mulut yang malang..
Sedarkah engkau..
Betapa engkau jarang sekali..
Menyebut memuji nama Tuhanmu dengan tulus..
Betapa jarangnya engkau..
Dengan syahdu dan ikhlas..
Bermohon agar tuhanmu mengampuni mu..

Tatkala ku tatap tubuh..
Apakah tubuh itu yang kelak akan penuh cahaya..
Bersinar..bersukacita..bercengkerama di syurga??

Atau tubuh itu yang akan hancur..
Mendidih didalam lahar membara jahanam??
Kemudian bercantum semula..
Menanggung derita yang tidak akan pernah berakhir??

Wahai tubuh..
Berapa banyak maksiat yang telah engkau lakukan..
Berapa banyak orang yang telah engkau khianati dan zalimi..
Berapa banyak hamba Allah yang lemah..
Yang telah engkau tindas dengan kekuatanmu..
Berapa banyak orang datang yang meminta pertolongan..
Tapi engkau buat acuh tak acuh tanpa peduli..
Padahal engkau mampu menolong..
Berapa banyak pula hak-hak orang lain yang engkau rampas??

Ketika ku tatapmu wahai tubuh..
Seperti juga ku renung akan isi hatimu..
Apakah isi hatimu sebagus kata-kata mu??
Atau sebagus daki-daki yang melekat di tubuh mu??

Apakah hatimu segagah ototmu??
Atau ia selemah daun-daun yang mudah layu berguguran??

Apakah hatimu seindah penampilanmu??
Ataukah sebusuk kotoran pada pakaianmu??

Apa yang terzahir Nampak dicermin..
Dengan apa yang tersembunyi..
Betapa ianya berbeza..

Apa yang terzahir Nampak dicermin..
Dengan apa yang tersembunyi..
Betapa aku telah tertipu..
Aku tertipu oleh topeng itu..

Betapa yang ku lihat selama ini hanyalah topeng..
Hanyalah topeng yang menipu belaka..
Betapa ujian yang terhambur hanyalah memuji topeng yang ada..
Betapa semua yang indah itu..
Hanyalah topeng yang menipu..

Sedangkan aku…
Hanyalah selonggok sampah busuk yang terbungkus..

Aku tertipu..
Aku malu ya Allah..

Aku tertipu..
Tertipu kerana nafsu diriku..

Wahai Allah..
Selamatkanlah aku..
Amin ya Robbal ‘Alamin…

:nota tanganku:
Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita...Amin..

from tazkirah hati kita
by~setanggi syurga & ilham aina...

0 Mujahid & Mujahidah Tinggalkan Pesan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...