Jom Baca Cerita Yg seterusnya....


Derasnya arus ghazwul fikr (serangan pemikiran) dalam kesenian terutamanya telah mampu membungkus cinta syahwat sehingga ia tampil sebagai cinta "suci" yg mesti diperjuangkan, dimenangkan dan diraih seterusnya untuk dinikmati.


Manusia seakan lupa pada sejarah. Lupa pada kisah-kisah trajik yang berakhir di hujung pisau atau dalam segelas "penawar" rumpai. Mereka semua rela diseret dan dijerumuskan ke dalam lubang "neraka" hanya untuk mengejar salah satu rasa dari sekian banyak rasa yg ada di sudut hati manusia, itulag cinta.


Cinta memiliki kekuatan luar biasa. Dan kekuatan cinta (the power of love) mampu menjadikan manusia peribadi yang sangat nekad atau sangat taat. Nekad dalam konteks sangat berani dalam melanggar peraturan-peraturan Allah swt seperti berkhalwat (berdua-dua dengan bukan mahram), berkasih-kasihan dengan lelaki dan perempuan, berpegangan tangan, mempertontonkan adegan berahi percuma di khalayak ramai apatah lagi dalam sembunyi. Atau jika cinta tidak mendapat restu dari orang tua, pasangan akan nekad, terus lari dari rumah atau berzina (na'udzubillah min dzalik). Dan tidak sedikit pula yang begitu nekad sanggup melakukan perbuatan yang dilaknat Allah iaitu membunuh diri demi cinta.


Peribadi-peribadi nekad seperti ini menjadikan cinta sebagai tujuan bukan sebagai sarana mencapai tujuan. Oleh itu tidak hairanlah jika kita temui pelbagai kelakuan aneh para pencari cinta yg tidak masuk akal. Sebab apa yang mereka tuju adalah suatu yg abstrak, tidak jelas dan bukan perkara yg pokok. Mereka sibuk mencari dan mengertikan makna cinta sementara lalai terhadap Dzat yg menganugerahkan cinta. Dzat yabg menumbuh suburkan rasa cinta. Dzat yang memberikan kekuatan cinta. Dzat yang paling layak dicintai kerana Dia juga Empunya nikmat cinta Allah Rabbul 'Alamin.


Kisah tragik di awal tulisan ini memberikan gambaran jelas sikap manusia yang rela mengorbankan diri demi sepotong cinta. Muda mudi yg nekad membunuh diri dengan pelbagai cara ini pada dasarnya belum mengenali hakikat cinta. Cinta yang mereka kenal selama ini adalah cinta yang ditunggangi oleh nafsu syahwat. Dan joki penunggangannya adalah syaitan laknatullah. pada momen ini syaitan berteriak keriangan sambil mengibar-ngibarkan bendera kemenangan kerana berhasil menjerumuskan anak cucu Nabi Adam dalam neraka jahanam dengan dalih cinta yang begitu murah nilainya.


Sebuah kisah lain tentang tragedi cinta dan kebodohan manusia yang amat memalukan berlaku di Dhaka. Menurut laporan berita salah satu akhbar ibu kota di negeri tersebut, seorang ayah dan anaknya mati saling tikam menikam hanya merebut cinta seorang gadis. Tragedu bermula apabila si gadis tidak tahu bahawa dua lelaki yang sering menjadi teman asmaranya pada waktu yang berbeza adalah ayah dan anak. Sampailah pada suatu saat mereka terserempak pada waktu yang sama. Maka tragedi pun bermula. Kedua-duanya sangat marah sehingga membawa kepada pertengakaran dan akhirnya bergelutan dan perkelahian yang berakhir dengan si ayah mati akibat tertusuk di perutnya. Namun sebelum rebah dia berjaya mencapai belati di jantung anaknya. Matilah keduanya. Dan pasti neraka tempat kembalinya.


Itulah tragedi cinta. Cinta memang tak kenal warna. Cinta tak kenal baik buruk. Cinta tak kenal rupa dan pertalian darah. Memang begitulah adanya. Kerana yang mampu mengenal warna dan baik buruk adalah pelaku-pelaku cinta yang menggunakan akal fikirannya.


Sebaliknya cinta juga mampu melahirkan peribadi-peribadi yang mengagumkan. Peribadi yang tak takut kehilangan suatu apa pun walau ia amat cinta pada sesuatu. Namun kerana cinta yang hadir dipenuhi dengan nuansa keimanan, maka mereka rela mengorbankan apa saja yang mereka amat cintai demi memperolehi keredhaan Dzat Pemberi cinta. Jiwa mereka tidak gundah gulana kerana kehilangan cinta duniawi kerana Allah sebagai Dzat pemberi ketenteraman. Peribadi-peribadi taat ini amat menyedari bahawa cinta hanyalah sebagai sarana mencapai tujuan. Mereka yakin kenikmatan cinta tak ada ertinya tanpa ada restu Allah sebagai Pemberi cinta yang bersifat sementara.


Kisah Abdullah putera Abu Bakar RA menjadi contoh kematangan pemuda yang mengenal erti cinta. Bayangkan!!! Dia memiliki isteri yang cantik, berakhlak mulia, berkedudukan tinggi dan berharta. Namun apabila ayahandanya memerintahkan untuk menceraikan isterinya, dengan alasan isterinya telah dilalaikan Abdullah dalam menunaikan hak Allah seterusnya akan melengahkan Abdullah berjihad dijalan Allah. Maka apa reaksi Abdullah?? Tidak!! Abdullah tidak marah langsung pada ayahnya. Atau berusaha mengambil pedang dan ingin memenggal kepala si ayah yang berusaha memisahkan jalinan cinta yang memang sudah sah itu. Sekali lagi tidak!!


Pemuda bernama Abdullah melihat perinta itu dengan kaca mata cinta yang diberikan Allah. Ia rela menceraikan isteri yang dicintainya demi mempereratkan hubungan cinta dengan Allah. Subhanallah...Masih adakah pamuda-pemuda seperti peribadi Abdullah di zaman globalisasi ini??


Begitulah cinta. Ia mampu melambungkan manusia pada derajat kemuliaan yang tidak terhingga. Manakala frekuensi atau gelombang cintanya juga sudah selari dengan frekuansi atau gelombang cinta yang Allah kehendaki. Semuanya akan senada seirama. Tak ada dengung sambung, tak ada nada ternoda. Demikian indah dan asli irama cinta sejati.




by

0 Mujahid & Mujahidah Tinggalkan Pesan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...