2012 - Adakah anda bersedia!??


Tajuk Forum : “2012: Will The World Shut Down?”
Tarikh : 26 Mei 2010 (Rabu)
Masa : 9.00 malam
Tempat : Auditorium Utama, UIAM Gombak.
Anjuran : Ma’aruf Club UIAM








Salam sejahtera kepada seluruh ummat Islam ,


Akhir-akhir ini secara anda sedari atau tidak,kita sering mendengar propoganda berhubung isu dunia yang akan sampai ke penghujungnya.Sama ada anda melihatnya melalui filem-filem yang ditayangkan,dokumentari,artikel,permainan video dan tidak kurang juga melalui ceramah-ceramah yang diadakan yang menyentuh tentang isu dunia akan kiamat.




They'......siapakah yang dimaksudkan??


JANGAN MENOLAK FAKTA INI!...Dunia sudah hampir sampai ke penghabisannya.Mahu percaya atau tidak,bumi pasti akan musnah.Sama ada anda sekular pekat yang membenci nasihat agama atau anda kaki masjid yang tegar,akhir bagi segala cerita sudah semakin hampir kini.


Semua kebanggaan dunia akan musnah dan hancur lebur sehancur-hancurnya.Tanda-tandanya sudah berjalan dan sedang berjalan,sesuai dengan apa yang dijadualkan.Bagaimana kita tahu tentang perkara ini?


Selain tanda-tanda yang telah dikhabarkan di dalam AlQuran dan Hadis Nabi,terdapat tanda-tanda lain yang dapat kita kesan,menunjukkan bahawa dunia sudah hampir kiamat!Apakah tanda-tanda itu?


Sedar tidak sedar,para Elit The Hidden Hand semakin terdesak mengatur rancangan berusaha untuk menguasai dunia sebelum tibanya 'End Game'.JIka terlambat maka sudah tentu mereka gagal dalam misi untuk mengalahkan Allah,Tuhan yang dikatakan merampas kuasa dari Lucifer.


Jika mereka berjaya sebelum ketibaan EndGame,maka mereka berjaya merebut kuasa memerintah bumi dan mengembalikan kuasa Lucifer untuk memerintah alam semesta.


Semua perancangan dilakukan dengan mengira tarikh-tarikh tertentu,pergerakan bintang-bintang dan planet,nombor-nombor keramat dan ramalan-ramalan sihir.Iblis telah mengajarkan kepada para Elit ini supaya percaya kepadanya dan jika mereka berjaya menawan bumi dan berjaya mempengaruhi seluruh umat manusia supaya mengikut mereka,Allah pasti akan dikalahkan dan terpaksa menyerahkan kuasa-Nya kepada Iblis (Lucifer).


Tuhan Lucifer pasti akan mengurniakan kekayaan dan hidup kekal abadi kepada para Elit


.....Ini semua adalah kepercayaan Illuminati dan Freemason.....




Illuminati




Freemason
Mengapa 2012??.............


Mengikut kajian saintis barat;
1) Mengikut kalendar Masyarakat Mayan,pada 21.12.2012 akan melengkapkan kitarannya yang ke-13.Mengikut kepercayaan kuno mereka,dunia akan tamat pada masa tersebut.( Filem 2012 yang pernah ditayangkan adalah berasaskan kiraan ini)




Kalendar Aztec..Adaptasi dari kalendar Mayan




2) Planet-X dari Orbit Nibiru dijangka akan melintasi ruang atmosfera bumi,dan jika sekiranya ia benar-benar berlaku,kemusnahan yang amat dahsyat akan melanda planet bumi.




Adakah ini yang akan berlaku?


Kesannya akan memusnahkan sebahagian besar bumi - dan melenyapkan tamadun manusia,zaman kegelapan bermula dan manusia akan kembali hidup secara primitif


3) 'Krisis Pemanasan Global' atau "Global Warming" yang kini giat dibincangkan diperingkat antarabangsa yang mana kesannya dijangka sangat buruk pada April 2011,dan sehingga 2012 merupakan saat kemuncaknya.




Dari sudut pengkaji Islam berasaskan Al-Kitab;
Fenomena terhadap berlakunya sebarang bencana besar pada tahun-tahun mendatang telah diterangkan dengan jelas didalam Al-Quran sebagai petanda mulanya 'era baru dunia' sebelum tibanya kiamat besar.IAITU KEMUNCULAN AL-MAHDI DAN PEMEGANG PANJI-PANJI HITAM DARI TIMUR.


Sila rujuk hadis ini :


Rasulullah saw bersabda:
"Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".




Hadis di atas jelas menyatakan tentang suatu perkara yang akan berlaku pada malam Jumaat, 15 Ramdahan,yakni pada tahun yang kerap berlakunya kejadian gempa bumi,akan kedengaran 'suara keras' dari langit............'suara keras' berkemungkinan apa yang kita lihat dari ramalan saintis tentang lintasan planet-X atau planet berekor/bercahaya seperti potongan hadis di bawah....


"Pada Ramadhan sebelum kemunculannya (Al-Mahdi), terlihat beberapa tanda-tanda nyata dan peristiwa- peristiwa yang aneh di langit. Mula-mula terjadi gegaran, kemudian muncul gelegar suara yang keras dan dahsyat, setiap orang akan mendengarnya, kemudian muncul bintang berekor yang menerangi langit, kemudian matahari dan bulan mengalami gerhana."




Gambar satelit komet (bintang berekor) sebagai tanda kemunculan Al-Mahdi


Sekiranya peristiwa di atas berlaku dan berhubungkait dengan hadis yang telah dinyatakan, maka dunia akan memulakan suatu revolusi baru dalam sejarah peradaban manusia moden.Pentadbiran dan kekuasaan dimuka bumi akan diambil alih sepenuhnya oleh Imam yang ditunggu - Al-Mahdi




أُبَشِّرُكُمْ بِالْمَهْدِيِّ يُبْعَثُ فِي أُمَّتِي عَلَى اخْتِلَافٍ مِنْ النَّاسِ


وَزَلَازِلَ فَيَمْلَأُ الْأَرْضَ قِسْطًا وَعَدْلًا كَمَا مُلِئَتْ جَوْرًا وَظُلْمًا


“Aku kabarkan berita gembira mengenai Al-Mahdi yang diutus Allah ke tengah ummatku ketika banyak terjadi perselisihan antara manusia dan gempa-gempa. Ia akan penuhi bumi dengan keadilan dan kejujuran sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kesewenang-wenangan dan kezaliman.” (HR Ahmad 10898)


Sabda Nabi SAW "Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi. Sesiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun merangkak di atas salji."
|Al-Hafiz Abu Naim|




Kemunculan Pasukan Panji-panji Hitam Dari Timur & Imam Mahdi Merupakan Janji Allah


Namun segala-galanya adalah rahsia Allah jua, kita sebagai ummat Islam seharusnya yakin dengan sepenuh hati dengan janji Allah.Sentiasa tingkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah semoga kita sentiasa berada diatas landasanNya walau apa jua yang berlaku di atas muka bumi ini!!








WALLAHUALAM


Kredit Gambar : Ma’aruf Club UIAM


by

0 Mujahid & Mujahidah Tinggalkan Pesan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...